Sunday 4 October 2009

Makan Malam di atas "Kapal"


2hb Oktober 2009 Jummat- Habis kerja lebih kurang dalam 8.30pm. Asalnya ingat akan balik rumah dan tidur lps kerja, tp sbl habis kerja, dpt 'sms' dr kawan, Cik Puspa. Cik Puspa ajak keluar makan, so pun pergi la ambik 'gf' aku tu kat rumahnya.

Cik Puspa kata dia nak makan NASI sebab tak makan nasi sepanjang hari. Dia baru je balik dr JB, letih dan lapar.. kesiannya kena tunggu saya habis kerja lewat..

Mula-mula, tak de idea nak makan ape, so end up kata nak pergi ronda-ronda kat Kampung Baru, jalan-jalan cari makan... mula2, kita keep pusing je.. Cik Puspa kata nak cari kedai yg terang dan ramai org... so keep pusing... hehe, tp sebenarnya Cik Puspa kita ni dah decide dlm hatinya nak gi tempat yg dia selalu lepak dulu - "Kapal" so pusing tu nak cari kedai tu sebenarnya...

Kita tak jumpe tempat tu mula-mulanya.. kita pusing ke sana-sini, dan masuk ke tiap selok-belok kat Kampung Baru.. dah la jln kat sana sempit gile, pula gelap sampai tak nampak jln... nasib baik, akhirnya kita jumpe juga kedai tu...

Tempat tu mmg best gile.. suka sgt suasana kat situ.. harga makanan murah, dan yang paling penting, rasa makanan sedap juga... Cik Puspa minta air kelapa dan Nasi Ayam Morocco... I pula minta jus mangga dan mix lamb chop..

cakap pasal mix lamb chop, ia memang 'misrepresentation' ngan namanya.. ingat mix lamb chop maksudnya gabungan daging bahagian kambing yg berlainan, mana tau bile makanan dihidangkan, rupa2nya ia adalah gabungan chicken chop dan lamb chop.. hahaha

slp kita memesan makanan, Cik Puspa mula keluarkan hp canggihnya utk ambik gambar.. siap posing habis.. hahaha... entah2 org ingat kita berdua ni tak btol... aku pun la ikut keluarkan camera main sekali... tiba2, seluruh "kapal" menjadi gelap gelita.. kecut hati aku tuk sejenak.. rupa2nya bekalan elektrik tergendala... crew kapal nyalakan lilin untuk setiap meja kat "kapal".. dgn cahaya nyalaan lilin yg tak seberapa tu, kita sambung ambik gambar.. hahahhaa...

ingat blh la kita berdua ber'candlelight dinner'.. tp sekejap je lampu nyala balik dan menerangi seluruh "kapal"... slp itu, makanan kita dihidangkan... Cik Puspa kita spt biasa mengakhiri makan malam dgn kopi (tp Nescafe mlm ni).. Hehe...

best gile suasana di situ.. nak gi lagi la lps ni.. haha.. tambah la satu lagi tempat lepak selain bangsar... hahahha

Friday 19 June 2009

Jerebu Hati

Sudah dua bulan saya tidak dibelenggu dengan stress dan perasaan marah, letih dan lain-lain perasaan/pemikiran negatif sejak berhenti kerja di firm lama. Hari ini merupakan hari yang amat menyakitkan, melukai hati dan amat mengecewakan dalam masa dua bulan ini. Kesakitan ini setanding dengan perasaan saya semasa menerima panggilan dari ibu memaklumkan peninggalan nenek yang disayangi.

Selama ini saya amat gembira dan berasa sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk menggunakan masa lapang saya dalam membuat sesuatu yang bermanfaat melalui memberi bantuan di satu organisasi. Walaupun sumbangan saya itu tidak seberapa, tetapi saya amat gembira bahawa saya diberi peluang untuk menyumbang tenaga yang tidak seberapa itu melalui bekerjasama dengan orang-orang yang menghayati dan memegang prinsip yang sama dengan saya dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Akan tetapi, apa yang membelenggukan sekarang adalah samada keputusan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat itu merupakan satu langkah/ keputusan yang diambil secara terburu-buru sebelum persiapan sewarjanya dibuat. Saya mula meragui kebolehan diri saya dalam mengendalikan dan menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin.

Mungkin saya masih tidak bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab seberat itu; Mungkin saya terlalu naif dalam menganggap bahawa satu organisasi yang terdiri daripada orang yang baik hati dan mempunyai matlamat yang sama akan dapat bekerjasama dalam suasana yang harmoni. Saya terlupa bahawa dalam setiap organisasi tersebut adanya masalah dan kepahitannya yang tersendiri.

Pengalaman bekerja di organisasi ini menjadi pahit dan dikaburi dengan 'jerebu' yang membuat saya tidak dapat melihat apakah hala tuju saya seterusnya dengan insiden yang berlaku lewat petang kelmarin. Saya mengakui bahawa ia adalah akibat daripada kegagalan mengawal emosi saya sendiri. Saya belum cukup bersedia dari segi mental dan psikologi untuk menghadapi percanggahan pendapat dan perselisihan faham di antara anggota-anggota kumpulan. Saya juga kekurangan kemahiran dalam menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Itulah yang menyebabkan perselisihan yang sebenarnya boleh dielak.

Saya selama ini menganggap bahawa tidak wujudnya isu politik dalam satu organisasi yang terdiri daripada orang-orang yang mempercayai setiap insan itu mempunyai sebutir hati yang mulia dan setiap insan haruslah sentiasa melayani insan yang lain dengan sebutir hati yang ikhlas. Saya terlalu naif dalam menganggap organisasi ini adalah lain daripada yang lain. Saya tidak sedar bahawa pada hakikatnya ia tetap merupakan satu organisasi yang mana akan wujudnya percanggahan, perbalahan dan salah faham dalam mengendalikan organisasi tersebut.

Sebagai seorang pemimpin, adalah perlu untuk mempunyai kualiti mengawal emosi yang tinggi. Saya menyedari bahawa saya masih kekurangan kualiti tersebut. Saya terlalu mengikut emosi dan kemungkinan saya berkelakuan terlalu 'defensive' akan orang-orang yang selama ini merupakan salah seorang dari mereka yang berjuang bersama kita. Bagi saya, mereka ini masih merupakan orang yang menyokong perjuangan bersesama yang dipikul selama ini. Bagi saya, adalah semestinya wujud satu 'duri' yang mengakibatkan salah faham di antara mereka-mereka yang terbabit. Saya amat berharap bahawa kita dapat meluangkan masa untuk memahami apa sebabnya yang membawa kepada keadaan yang kurang menyenangkan kebelakangan ini. Mungkin ada pihak yang merasakan kita tidak harus 'memanjakan' orang-orang sebegini kerana ia akan membuka pintu kepada perlakuan golongan lain berperangai 'ganjil' dengan tiba-tibanya. Tetapi, bagi saya, mereka ini bukan orang-orang sebarangan. Mereka ini merupakan rakan seperjuangan. Bukankah kita patut menangani isu-isu dari putiknya untuk mengelakkan salah faham yang lebih besar?

Saya rela menghabiskan masa lapang saya untuk berkhidmat dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Tetapi saya amat letih kerana terpaksa berdepan dengan benda-benda kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan sekiranya kita sudi berbincang. Walaupun ini merupakan masalah kecil tetapi ia akan melarat menjadi isu besar sekiranya tidak diselesaikan dengan segera. Mengapakah kita harus menuduh seseorang itu sebelum memahami keadaan sebenarnya? Mengapakah kita tidak memberi peluang kepada mereka untuk menceritakan sebab-musababnya?

Saya kesal dengan kehilangan kawalan emosi saya dalam insiden kelmarin itu, tetapi saya tidak kesal dengan pendirian saya dan masih tetap memegang kepada pendirian saya bahawa masalah tersebut patut dibawa berbincang bersama dan bukannya bermain teka-teki mengenai asas-usus masalah tersebut.

Saya sedar bahawa 'tindakan' saya tersebut amat tidak menyenangkan dan mungkin merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab pada pandangan orang lain. Tetapi saya pasti bahawa sekiranya tindakan tidak wajar tersebut tidak diambil, keadaan akan jadi lebih teruk kerana saya tidak dapat menganggar betapa tajamnya percakapan-percakapan seterusnya akan dilontar dari mulut saya ini. Saya sedar bahawa saya akan meludahkan segala-galanya apabila kemarahan saya berada di tahap maksima dan perkataan-perkataan yang akan digunakan akan menjadi sangat 'offensive'. Saya tidak berniat untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkataan-perkataan keras. Oleh itu, saya perlu berseorangan untuk meredakan kemarahan tersebut. Mungkin cara menangani yang diambil ini tidak cukup matang, tetapi ia merupakan yang terbaik yang boleh saya lakukan pada masa itu.

Saya pohon maaf dari mereka yang terkilan dengan 'tindakan' saya. Namun, saya masih tetap dengan pendirian saya bahawa isu-isu yang timbul hanya boleh diselesaikan dengan perbincangan dengan individu yang terlibat dan bukannya bermain teka-teki mengenai apa yang berada dalam pemikiran individu tersebut. Saya juga berharap bahawa kawan seperjuangan kalian dapat memberikan kesabaran yang lebih dalam membenarkan saya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kerana saya kurang cekap dalam menyampaikan mesej dalam bahasa yang bukan merupakan bahasa ibunda saya. Saya bukannya hendak menghalang sebarang komen atau kritik, tetapi biarlah saya menjelaskan apa yang hendak dibawa tersebut sebelum membuat kesimpulan terhadap apa yang hendak disampaikan oleh saya itu. Saya merupakan orang yang kurang mahir menyusun aturan benda-benda yang hendak disampaikan. Kadang-kala saya akan mengatakan 'consequense' sebelum saya memberitahu 'isu'. Susunan yang salah itu menyebabkan salah faham tersebut. Saya amat berharap bahawa saya boleh diberi peluang untuk menghabiskan apa yang hendak disampaikan itu. Sekiranya adalah dirasai bahawa ia amat menyusahkan kalian untuk mendengar pengataan saya yang lebar panjang dan bertaburan susunannya, maka adalah saya berpendapat bahawa saya hanya akan mengatakan samada saya setuju atau tidak setuju mengenai sesuatu perkara itu untuk mengelakkan perselisihan yang tidak memerlukan itu.

Mungkin tiba masanya untuk saya memikir semula adakah saya sesuai dan cukup 'competent' untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Adalah masanya untuk memikir sama ada ia perlu bagi saya meneruskan satu perjalanan yang saya sendiri tidak pasti kerana kini ia dikaburi dengan 'jerebu' yang tidak diketahui samada cahaya akan menebusi 'jerebu' itu dan menerangi 'langit' yang luas ini semula. Saya masih mencintai organisasi ini tetapi saya rasa bahawa saya masih kekurangan kualiti untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk membuat keputusan dan mengendalikan isu-isu dengan cara yang matang. Rasa-rasanya saya perlu mempelajari cara-cara untuk mengawal emosi diri dan meningkatkan tahap EQ saya sebelum melibatkan diri dalam kedudukan sebagai seorang pemimpin. Saya menyedari ia adalah terlambat bagi saya menyedari kesemua ini pada saat-saat sebegini. Tetapi ia adalah perlu bagi saya untuk memikirkan samada pemergian saya akan lebih memanfaatkan untuk memelihara hubungan yang pada asalnya amat baik itu.

Saya memahami dan amat menghargai pengorbanan semua rakan seperjuangan. Kita semuanya menggunakan masa peribadi kita untuk membuat kerja-kerja ini. Kita semua yang berada di 'keluarga' ini berkorban dan menyumbang dalam pelbagai cara yang tersendiri. Maka kita seharusnya lebih faham-memahami sesama kita dan jangan sesekali merasakan bahawa kita telah berkorban lebih berbanding yang lain dan jangan sesekali menggunakan sumbangan kita sebagai ugutan terhadap yang lain. "Equality".. Kita semuanya adalah setara dan semuanya menyumbang dengan hati yang mulia. Tiada siapa yang lebih berjasa, tiada siapa yang lebih berpengaruh dan tiada siapa yang lebih diperlukan berbanding yang lain kerana setiap ahli dalam keluarga ini adalah sama penting untuk kesempurnaan keluarga ini.

Saya berdoa supaya keluarga ini diberkati oleh Nya dan diberikan kekuatan kepada semua ahli keluarga yang berada dalam organisasi ini untuk menghadapi kesemua dugaan-dugaan yang menanti. Semoga keluarga ini dapat kembali kepada hari-hari yang gembira dan harmoni.

We need to CHANGE but it need not be in a method which HURT our comrades. Confrontation is not the only way to deal with an issue especially when we are dealing with our PEERS. LOVE, CARE and PATIENT are the keys. I'm still loving each member of this FAMILY, I wish that we can work out the issue in a better way. Always remember, "WE ARE FAMILY"

Sunday 29 March 2009

Busy but Happy Saturday

Bangun pagi pada hari Sabtu yang pada kebiasaannya merupakan waktu tidur saya untuk pergi ke Mahkamah Jalan Duta. Kenapa saya pergi Mahkamah pada hari Sabtu? Sebab Juvita kita yang rajin tu membuat penggambaran untuk Dock Brief program bersama member2 teamnya. Apa saya buat kat sana? Hehe.. menyibuk je.. hahaha....

Lepas habis penggambaran ape kita buat? Kita pergi menyanyi di Red Box Karaoke kat SOGO. Rupa2nya byk juga Legal Aiders yg pandai nyanyi.. hehe.. lain kali tambah la satu lagi aktiviti untuk Legal Aiders..

Lepas berHappy_Hour di SOGO, tibanya masa untuk buat kerja lagi. Kita balik ke LAC untuk buat satu lagi penggambaran untuk Prison Clinic. Akhirnya kita dah hampir habis ngan semua penggambaran... tinggal Tenaganita je.. harus habiskannya secepat mungkin dan hasilkan "end-product" kits secepat mungkin... project ni dah lama overdue... haizzz.....

Lepas habis kerja, time Shopping pula... first time lepak ngan Puspa dan Nik (dan sweet heartnya)... kita org pergi beli-belah kat IKEA... Lepas sepanjang hari kita orang berlari ke sana ke mari, akhirnya dpt juga kita duduk tuk berehat dan makan malam...

Sebenarnya nak beli-belah lagi lps habis makan, tp masa tu dah agak lewat, kebanyakan gerai-gerai di the "The Street" dah mula berkemas. Tapi yang semestinya, I tahu Puspa gembira gile malam tu sebab dpt beli "Huge Pillow" yang mana dia mungkin akan tersenyum seorg2 tuk bbrpa hari... hehe... Puspa, ntn dah siap hias bilik tu ingat buat "room warming party" ye....

Last xtvt of the day ialah tengok wayang kat Cineleisure.. tengok ngan Puspa dan dua org single ladies ikut org beli "couple seat"... hahahaha.... Anyway, wayang yg kita tengok_"The International" memang best. Tak menyesal walaupun kena balik lewat mlm... Movie ni walaupun "tension" sikit jalan ceritanya tp best bab bab tembak-menembaknya.. hahaha... sounds too violence pula jadinya.. tapi mmg happy the whole day... dah lama tak lepak mcm ni...

Bulan Mac telah sampai ke penghujungannya dan hampir tiba masa untuk meninggalkan satu suasana kerja dan rakan kerja yang saya dah biasa bekerja ngan mereka... bagi mereka yang telah banyak bantu saya dan menyokong saya, saya ucapkan terima kasih dan semoga segalanya berjalan lancar untuk mereka.. Berharap sgt dua minggu yang akan dtg ni, harap2 saya blh habiskan kerja2 yg patut dan memulakan hidup kerja yg baru di tempat yg baru..

Meninggalkan yang buruk dan menyedihkan di mana yang patut.. Jangan terbawa-bawa yang kurang baik dan kurang menyenangkan itu ke masa depan.. Semoga saya mempunyai pengalaman yang baru dan dapat menyesuaikan diri di firma yang baru nanti...

All the best to myself and to those who I care...

Monday 19 January 2009

迷糊的小海豚

小海豚因一时好高望远, 忘了弱小的躯体,不顾一切,奋进一身的力气,游向宽阔即充满危险的大海洋. 但当小海豚到达这险恶的大环境时,它后悔了.原来它还不够强壮,无法面对面前超出它能力范围的挑战.然而,小海豚已没力气倒回游了.小海豚好迷惘,好无助哦...难道就这样放弃吗?让大海洋把小海豚吞没了吗?谁来救救小海豚啊!!!

Seize The Day!

Don't be too concerned with what was and what will be.
Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift.
That is why it is called the present.

"Quoted from -Kung Fu Panda-"