Friday 19 June 2009

Jerebu Hati

Sudah dua bulan saya tidak dibelenggu dengan stress dan perasaan marah, letih dan lain-lain perasaan/pemikiran negatif sejak berhenti kerja di firm lama. Hari ini merupakan hari yang amat menyakitkan, melukai hati dan amat mengecewakan dalam masa dua bulan ini. Kesakitan ini setanding dengan perasaan saya semasa menerima panggilan dari ibu memaklumkan peninggalan nenek yang disayangi.

Selama ini saya amat gembira dan berasa sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk menggunakan masa lapang saya dalam membuat sesuatu yang bermanfaat melalui memberi bantuan di satu organisasi. Walaupun sumbangan saya itu tidak seberapa, tetapi saya amat gembira bahawa saya diberi peluang untuk menyumbang tenaga yang tidak seberapa itu melalui bekerjasama dengan orang-orang yang menghayati dan memegang prinsip yang sama dengan saya dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Akan tetapi, apa yang membelenggukan sekarang adalah samada keputusan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat itu merupakan satu langkah/ keputusan yang diambil secara terburu-buru sebelum persiapan sewarjanya dibuat. Saya mula meragui kebolehan diri saya dalam mengendalikan dan menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin.

Mungkin saya masih tidak bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab seberat itu; Mungkin saya terlalu naif dalam menganggap bahawa satu organisasi yang terdiri daripada orang yang baik hati dan mempunyai matlamat yang sama akan dapat bekerjasama dalam suasana yang harmoni. Saya terlupa bahawa dalam setiap organisasi tersebut adanya masalah dan kepahitannya yang tersendiri.

Pengalaman bekerja di organisasi ini menjadi pahit dan dikaburi dengan 'jerebu' yang membuat saya tidak dapat melihat apakah hala tuju saya seterusnya dengan insiden yang berlaku lewat petang kelmarin. Saya mengakui bahawa ia adalah akibat daripada kegagalan mengawal emosi saya sendiri. Saya belum cukup bersedia dari segi mental dan psikologi untuk menghadapi percanggahan pendapat dan perselisihan faham di antara anggota-anggota kumpulan. Saya juga kekurangan kemahiran dalam menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Itulah yang menyebabkan perselisihan yang sebenarnya boleh dielak.

Saya selama ini menganggap bahawa tidak wujudnya isu politik dalam satu organisasi yang terdiri daripada orang-orang yang mempercayai setiap insan itu mempunyai sebutir hati yang mulia dan setiap insan haruslah sentiasa melayani insan yang lain dengan sebutir hati yang ikhlas. Saya terlalu naif dalam menganggap organisasi ini adalah lain daripada yang lain. Saya tidak sedar bahawa pada hakikatnya ia tetap merupakan satu organisasi yang mana akan wujudnya percanggahan, perbalahan dan salah faham dalam mengendalikan organisasi tersebut.

Sebagai seorang pemimpin, adalah perlu untuk mempunyai kualiti mengawal emosi yang tinggi. Saya menyedari bahawa saya masih kekurangan kualiti tersebut. Saya terlalu mengikut emosi dan kemungkinan saya berkelakuan terlalu 'defensive' akan orang-orang yang selama ini merupakan salah seorang dari mereka yang berjuang bersama kita. Bagi saya, mereka ini masih merupakan orang yang menyokong perjuangan bersesama yang dipikul selama ini. Bagi saya, adalah semestinya wujud satu 'duri' yang mengakibatkan salah faham di antara mereka-mereka yang terbabit. Saya amat berharap bahawa kita dapat meluangkan masa untuk memahami apa sebabnya yang membawa kepada keadaan yang kurang menyenangkan kebelakangan ini. Mungkin ada pihak yang merasakan kita tidak harus 'memanjakan' orang-orang sebegini kerana ia akan membuka pintu kepada perlakuan golongan lain berperangai 'ganjil' dengan tiba-tibanya. Tetapi, bagi saya, mereka ini bukan orang-orang sebarangan. Mereka ini merupakan rakan seperjuangan. Bukankah kita patut menangani isu-isu dari putiknya untuk mengelakkan salah faham yang lebih besar?

Saya rela menghabiskan masa lapang saya untuk berkhidmat dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Tetapi saya amat letih kerana terpaksa berdepan dengan benda-benda kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan sekiranya kita sudi berbincang. Walaupun ini merupakan masalah kecil tetapi ia akan melarat menjadi isu besar sekiranya tidak diselesaikan dengan segera. Mengapakah kita harus menuduh seseorang itu sebelum memahami keadaan sebenarnya? Mengapakah kita tidak memberi peluang kepada mereka untuk menceritakan sebab-musababnya?

Saya kesal dengan kehilangan kawalan emosi saya dalam insiden kelmarin itu, tetapi saya tidak kesal dengan pendirian saya dan masih tetap memegang kepada pendirian saya bahawa masalah tersebut patut dibawa berbincang bersama dan bukannya bermain teka-teki mengenai asas-usus masalah tersebut.

Saya sedar bahawa 'tindakan' saya tersebut amat tidak menyenangkan dan mungkin merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab pada pandangan orang lain. Tetapi saya pasti bahawa sekiranya tindakan tidak wajar tersebut tidak diambil, keadaan akan jadi lebih teruk kerana saya tidak dapat menganggar betapa tajamnya percakapan-percakapan seterusnya akan dilontar dari mulut saya ini. Saya sedar bahawa saya akan meludahkan segala-galanya apabila kemarahan saya berada di tahap maksima dan perkataan-perkataan yang akan digunakan akan menjadi sangat 'offensive'. Saya tidak berniat untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkataan-perkataan keras. Oleh itu, saya perlu berseorangan untuk meredakan kemarahan tersebut. Mungkin cara menangani yang diambil ini tidak cukup matang, tetapi ia merupakan yang terbaik yang boleh saya lakukan pada masa itu.

Saya pohon maaf dari mereka yang terkilan dengan 'tindakan' saya. Namun, saya masih tetap dengan pendirian saya bahawa isu-isu yang timbul hanya boleh diselesaikan dengan perbincangan dengan individu yang terlibat dan bukannya bermain teka-teki mengenai apa yang berada dalam pemikiran individu tersebut. Saya juga berharap bahawa kawan seperjuangan kalian dapat memberikan kesabaran yang lebih dalam membenarkan saya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kerana saya kurang cekap dalam menyampaikan mesej dalam bahasa yang bukan merupakan bahasa ibunda saya. Saya bukannya hendak menghalang sebarang komen atau kritik, tetapi biarlah saya menjelaskan apa yang hendak dibawa tersebut sebelum membuat kesimpulan terhadap apa yang hendak disampaikan oleh saya itu. Saya merupakan orang yang kurang mahir menyusun aturan benda-benda yang hendak disampaikan. Kadang-kala saya akan mengatakan 'consequense' sebelum saya memberitahu 'isu'. Susunan yang salah itu menyebabkan salah faham tersebut. Saya amat berharap bahawa saya boleh diberi peluang untuk menghabiskan apa yang hendak disampaikan itu. Sekiranya adalah dirasai bahawa ia amat menyusahkan kalian untuk mendengar pengataan saya yang lebar panjang dan bertaburan susunannya, maka adalah saya berpendapat bahawa saya hanya akan mengatakan samada saya setuju atau tidak setuju mengenai sesuatu perkara itu untuk mengelakkan perselisihan yang tidak memerlukan itu.

Mungkin tiba masanya untuk saya memikir semula adakah saya sesuai dan cukup 'competent' untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Adalah masanya untuk memikir sama ada ia perlu bagi saya meneruskan satu perjalanan yang saya sendiri tidak pasti kerana kini ia dikaburi dengan 'jerebu' yang tidak diketahui samada cahaya akan menebusi 'jerebu' itu dan menerangi 'langit' yang luas ini semula. Saya masih mencintai organisasi ini tetapi saya rasa bahawa saya masih kekurangan kualiti untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk membuat keputusan dan mengendalikan isu-isu dengan cara yang matang. Rasa-rasanya saya perlu mempelajari cara-cara untuk mengawal emosi diri dan meningkatkan tahap EQ saya sebelum melibatkan diri dalam kedudukan sebagai seorang pemimpin. Saya menyedari ia adalah terlambat bagi saya menyedari kesemua ini pada saat-saat sebegini. Tetapi ia adalah perlu bagi saya untuk memikirkan samada pemergian saya akan lebih memanfaatkan untuk memelihara hubungan yang pada asalnya amat baik itu.

Saya memahami dan amat menghargai pengorbanan semua rakan seperjuangan. Kita semuanya menggunakan masa peribadi kita untuk membuat kerja-kerja ini. Kita semua yang berada di 'keluarga' ini berkorban dan menyumbang dalam pelbagai cara yang tersendiri. Maka kita seharusnya lebih faham-memahami sesama kita dan jangan sesekali merasakan bahawa kita telah berkorban lebih berbanding yang lain dan jangan sesekali menggunakan sumbangan kita sebagai ugutan terhadap yang lain. "Equality".. Kita semuanya adalah setara dan semuanya menyumbang dengan hati yang mulia. Tiada siapa yang lebih berjasa, tiada siapa yang lebih berpengaruh dan tiada siapa yang lebih diperlukan berbanding yang lain kerana setiap ahli dalam keluarga ini adalah sama penting untuk kesempurnaan keluarga ini.

Saya berdoa supaya keluarga ini diberkati oleh Nya dan diberikan kekuatan kepada semua ahli keluarga yang berada dalam organisasi ini untuk menghadapi kesemua dugaan-dugaan yang menanti. Semoga keluarga ini dapat kembali kepada hari-hari yang gembira dan harmoni.

We need to CHANGE but it need not be in a method which HURT our comrades. Confrontation is not the only way to deal with an issue especially when we are dealing with our PEERS. LOVE, CARE and PATIENT are the keys. I'm still loving each member of this FAMILY, I wish that we can work out the issue in a better way. Always remember, "WE ARE FAMILY"